208 Datang Meminang
Monolog Dalaman Seorang Gadis




Aku Mohon
biarlah detik berganti detik
biarlah hari berganti hari
biarlah musim berganti musim
aku tetap disini menanti
memegang janji yang aku sndiri tak pasti

tapi aku tahu 
aku punya hati
aku punya jiwa
yang susah aku nak beri pada sesiapa
yang susah aku nak lempar ke mana-mana

sebab aku tahu
hati aku , sayang aku , cinta aku ,
bukan untuk dijual beli
malah , bukan juga untuk disakiti

biarlah aku jaga hati aku ini
supaya aku tak mudah tersentuh lagi
supaya aku tak mudah disakiti lagi
sebab hati aku punya rasa 
rasa yang susah untuk diungkap

janji
aku mohon selepas ini
aku tak akan ulang lagi
aku tetap akan pegang janji yang aku dah bawa 
sebab aku tahu, ALLAH pasti akan tolong aku

cuma satu sahaja aku perlu tahu
cuma satu sahaja aku perlu fikir
janji yang dah tertulis akan terungkai 
tapi hari, masa , detik , bila 
aku pun tak pasti 
hanya ALLAH yang tahu semua tu

aku percaya 
aku yakin
semua ini tak akan terulang lagi
kerana aku akan lebih berjaga-jaga
agar tidak mudah untuk menyakiti dan disakiti
tapi aku lemah, aku masih tidak boleh bersendiri

cuma 
aku mohon , kuatlah hati aku
aku mohon , bimbinglah aku
aku mohon , sayangngilah aku
aku mohon , jangan sakiti aku
aku mohon , lembutkanlah hati aku
aku mohon , jangan benci aku
aku mohon , jangan hina aku

masa akan berlalu pantas bila kita sedang bahagia
tapi bila kita sedang sengsara 
peritnya akan rasa sampai bila-bila
aku sedar aku siapa
tapi aku punya hati dan perasaan juga 

rindu aku
sayang aku
cinta aku
tak mudah aku nak beri pada sesiapa
biarlah aku sendiri yang rasa 
walaupun dia tak tahu
aku tetap percaya
ALLAH masih ada 

aku mohon 
jangan kamu sakiti , rosakkan , hina , 
apa yang kamu pernah sayang ,
pernah kejar , pernah dapat ,
kerana kyu amat beruntung 
sebab ada orang masih sayangkan kamu
sebab ada orang masih tunggu kamu
walau dia sakit dan kamu tak tahu

puisi ini hanya untuk diri aku
aku mohon , aku rayu , aku harap ,
suatu hari nanti ALLAH akan tunjuk
apa yang aku masih tak pasti 
dengan janji pada hari ini 

aku mohon ya Allah
kau buangkanlah perasaan benci
kau buangkanlah perasaan dendam
kau buangkanlah perasaan celaru
kau buangkanlah perasaan yang membuku
pada hati-hati yang disakiti

aku mohon ya Allah
kau berikanlah perasaan sayang
kau berikanlah perasaan rindu
kau berikanlah perasaan cinta
kau berikanlah ingatan 
kau berikanlah kekuatan
kau bukakanlah pintu hati
pada hati yang aku sayang 

aku terima , aku redha , aku berharap

#MOHON

Older Post | Newer Post